LET'S COOK : TOMYAM AYAM SEDAP & SIMPLE..

/
0 Comments
Bismillah

Assalamualaikum

hai!

okay..

semalam dah d.i.y

hari nih kite masak2 k..

2 hari lepas tibe2 je The Hub nak makan tomyam..

die ajak gi beli barang nak masak tomyam sume..

okay..aku layan je..

sebab aku tau masak tomyam tuh senang je..

tu pun sebab sume orang kate masak tomyam paling senang sekali..

so aku pun...okay...

senang je la nih..

dah beli barang sume...

tibe2..

'EH?..CANE NAK MASAK EA?'

'TERUS MASUKKAN AIR KE APE NI?'

setelah hampir 3 dekad hidup di dunia nih..

this is my FIRST TIME! okay!

FIRST TIME EVER nak masak tomyam sendiri tanpa bantuan dari mak or mak mertua..

sungguh tak kelakar ye!

call kak mimie..die kat carrefour..

nak tunggu kak mimie follow up balik berkemungkinan besar die dah lupe kan saye..(T-T)

'KAK MIMIE...U LUPE KAT BERAS U NI EA?'

call kak long plak..hurm..dapatla penerangan dari kak long..

sebab The Hub asek ckp kak long masak tomyam guna kiub sedap..jadi tanye la kak long..

aku jenis tak kisah..

MONSTER katekan..ape pn sedap..

jadi puaskan la hati The Hub..

bile dah dapat penerangan tuh semangat betul gi masak..

prepare sume bahan2 yang nak campur dalam tomyam tu sume..

okay jom sume!

let's cook!


TOMYAM AYAM SEDAP & SIMPLE


BAHAN-BAHAN:

KIUB TOMYAM
4 kiub..tak kisah k brand ape..aku pakai brand maggi..



AIR
1.5 liter..yang 1 botol besar tuh..

AYAM
4 ketul..potong la kecik2..dadu

SAYUR
kubis bunga,carrot,brocoli,tomato,sebiji bawang besar dipotong wedges.





LIMAU SAMBAL
aku guna 6 biji..tapi kalau korang nak lagi masam boleh je tambah lagi..aku guna 6 biji sebab tu je yg ade..hihi

DAUN LIMAU PURUT
2-3 tangkai..kalau ade la..

GARAM
kena letak k..sesuaikan dengan tekak masing2

MINYAK MASAK
untuk menumis



untuk menumis (ditumbuk):


BAWANG BESAR
separuh biji

BAWANG PUTIH
4 biji

CILI PADI
5 biji

SERAI
sebatang..di ketuk


itu je bahan2 nye..

STEPS:

1.TUMIS BAHAN TUMBUK.
panaskan kuali..letak minyak sesenduk..tumis bahan yang telah ditumbuk..aku tumis je sekali dengan serai..aku suka tumis kat kuali..tak suka kat periuk.tak tau kenapa.



2.MASUKKAN AIR
masukkan air..bagi yang menumis guna kuali pastikan anda telah masukkan bahan2 yang telah ditumis tadi ke dalam periuk untuk memudahkan kerja anda ye..


ha..nampak tak?konon nak masak dalam kuali..masuk kan air je kuali nak penuh..lagi nak masukkan segala khazanah dalam tu..mau melambak2 kat lantai nanti.


3.MASUKKAN KIUB TOMYAM & GARAM
mase first2 aku guna 2 je..tapi die cam tak umph!
jadi tambah lagi 2..baru sedap!


tercungap2 angkat kuali yang penuh dengan air nak tuang dalam periuk!
macam hebat tak nak panggil The Hub..hihi


4.MASUKKAN AYAM
bile air tomyam tadi dah mendidih boleh la masukkan ayam..

5.MASUKKAN SAYUR
masukkan sume sayur kecuali brocolli dan bawang wedges..biar mendidih



6.MASUKKAN BROCCOLI, DAUN LIMAU PURUT & BAWANG
masukkan  broccoli n bawang.. kacau sebati ..biar mendidih jap..





7.SIAP UNTUK DI HIDANG!
memang sedap okay makan panas2!



memang senang je rupenye..

The Hub cakap S.E.D.A.P!!

hihi..mestila lah ai senyum sampai telinga ye..

so for the beginner memang bole try resipi ini untuk impress orang di sekeliling anda..hhihi

untuk orang yang dah expert mungkin diorang tak guna kiub dah..mungkin diorang dah buat paste sendiri..

mesti lagi sedap buat paste sendiri kan?!

hurm..kene cari resipi paste tomyam yang sedap plak pas nih..=)

till then people

Assalamualaikum


Lot's Of Love,
Mrs.Zairi



You may also like

Tiada ulasan: